suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Salah Siapa?

BAGAIKAN rangka bernyawa, itulah yang boleh dikatakan apabila melihat gambar menyayat hati seorang bayi di sebuah klinik di Syria.

Seorang doktor memegang bayi yang sedang menangis itu kerana menahan kesakitan kerana masalah kekurangan khasiat.

Lebih memilukan apabila beratnya kurang dua kilogram, sekali gus ia membuktikan penderitaan yang dilalui penduduk di kawasan bergolak seperti Hamouria di timur Syria.

Bagaimanapun, usia sebenar bayi malang itu tidak dapat ditentukan.

Gambar bayi ini mendapat perhatian ramai kira-kira setahun selepas Omran Daquneesh yang dirakam duduk dalam ambulans dengan wajahnya dipenuhi darah dan habuk selepas kediaman keluarnya di Aleppo dibom.

Omran yang kehilangan abangnya yang berusia 10 tahuh dalam kejadian itu telah dapat disatukan dengan keluarganya dan bagi tujuan keselamatan, nama dan penampilannya telah diubah.

Peperangan yang berlarutan di Syria telah meragut ribuan nyawa termasuk wanita dan kanak-kanak, selain mengakibatkan separut populasi penduduk negara itu tiada tempat berteduh sejak tujuh tahun lalu.


Syria, Omran Daquneesh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Taufan Lan: Lima Nyawa Melayang

Artikel Lain