suria

Lima Maut Akibat Ceroboh Lombong Jed

Gambar hiasan: Sekitar kawasan lombong jed di Hpakant, Myanmar.

YANGON: Cubaan menceroboh lombong jed di utara Myanmar berakhir tragedi apabila lima terbunuh selepas polis melepaskan tembakan ke arah penjenayah bersenjata terlibat.

Kejadian terbaru itu dilaporkan dengan meluas media tempatan pada Jumaat melibatkan industri bernilai berbilion dolar itu.

Keganasan meletus selepas polis mengepung kira-kira 50 pengumpul jed daripada memasuki kawasan industri yang dimiliki 'Syarikat 111' di Hpakant, Kachin.

Kawasan berkenaan dikenali sebagai hab perdagangan yang sering berlaku tunjuk perasaan pekerja, tanah runtuh, rasuah dan penyalahgunaan dadah.

Kira-kira sejam kemudian, hampir 600 kumpulan penggali jed itu kembali ke lokasi kejadian.

Mereka telah bertindak menyerang polis, membakar trak yang ditinggalkan dan memusnahkan jentolak, demikian lapor akhbar Global New Light of Myanmar.

"Apabila diserang dengan pisau, polis melepaskan tembakan untuk menghalang penyerang.

"Lima maut dan 25 lagi cedera, termasuk lima pegawai polis," lapor akhbar itu.

Hpakant, jed

Artikel Sebelum

Akihito Turun Takhta Mac 2019

Artikel Lain