Wanita Warna Rambut Paling Berisiko Dapat Kanser Payudara - Dunia | mStar

Wanita Warna Rambut Paling Berisiko Dapat Kanser Payudara

-fotoGetty

MEWARNAKAN rambut tidak sepatutnya dilakukan lebih dari enam kali setahun bagi mengelakkan kanser, dakwa seorang pakar bedah.

Pakar bedah payudara dari Hospital Princess Grace di London, Profesor Kefah Mokbel mendakwa wanita yang mewarnakan rambut berdepan 14 peratus lebih risiko untuk mendapat kanser payudara.

Dia menasihatkan wanita yang suka mewarnakan rambut mengelak daripada menggunakan pewarna sintetik, sebaliknya memilih bahan-bahan semulajadi seperti inai atau buah bunga mawar.

-fotoREX

Kajian Prof Mokbel menyimpulkan: "Walaupun tugas lebih lanjut diperlukan untuk mengesahkan hasil kami, penemuan kami menunjukkan bahawa pendedahan kepada pewarna rambut dapat menyumbang kepada risiko kanser payudara."

Dia kemudian menulis di Twitter: "Wanita dinasihatkan untuk mengurangkan pendedahan kepada pewarna sintetik rambut dua hingga enam kali setahun dan menjalani pemeriksaan payudara secara tetap dari usia 40 tahun.

"Memilih pewarna rambut yang mengandungi kepekatan minimum amina aromatik seperti PPD (kurang dari 2 peratus) adalah lebih baik.

"Penyelidikan lanjut diperlukan untuk menjelaskan hubungan antara pewarna rambut dan risiko kanser payudara dalam usaha memberikan maklumat yang lebih baik kepada wanita.

"Adalah wajar untuk menganggap pewarna rambut yang terdiri daripada ramuan herba semulajadi adalah selamat," katanya. -metroUK

warna rambut , kanser payudara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Selori Bom Diletupkan, 231 Terbunuh

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain