suria

Makhluk Gergasi Terdampar Di Pantai Filipina

Makhluk misteri yang didakwa ditemui terdampar di pulau di Leyte, Filipina.

PENGUNJUNG di sebuah pulau di Filipina tergamam ketika ternampak seekor makhluk misteri terdampar di pesisir pantai tersebut.

Haiwan laut gergasi itu ditemui di perairan Bandar Maasin, salah satu pulau di Leyte, Filipina.

Julius Alpino dari Biro Perikanan dan Sumber Laut berkata, pihaknya tidak dapat mengenal pasti haiwan itu kerana badannya sudah reput.

Menurutnya lagi, bangkai besar yang memiliki kepanjangan sebuah jet pejuang itu mungkin adalah seekor ikan paus.

Penduduk tempatan, Nujnuj Capistrano, 42, berjaya menangkap gambar bangkai binatang gergasi itu ketika melalui kawasan pantai.

"Saya lalu dan ambil gambar sahaja tetapi saya tidak tahu apa-apa kisah lanjut mengenai haiwan itu," katanya. - Mail Online

makhluk misteri

Artikel Sebelum

Harry-Meghan Bukan Rahsia Lagi

Artikel Berikut

Artikel Lain