suria

Jong Un Rakan Main Luncur Ais, Karaoke - Rodman

Dennis Rodman.

EDINBURGH: Legenda bola keranjang Amerika Syarikat (AS) Dennis Rodman mendedahkan bahawa dia pernah bermain luncur ais dan berkaraoke dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Rodman pernah berkunjung ke negara terpencil itu tetapi mengakui dia dan Jong Un jarang bercakap mengenai isu politik.

Korea Utara melancarkan beberapa siri ujian peluru berpandu dan Presiden AS, Donald Trump memberi amaran keras bahawa Pyongyang bakal berdepan “api dan kekerasan” dan kuasa tentera.

"Saya selalu keluar dengan Kim. Kami ketawa dan berkaraoke, kami melakukan banyak perkara menyeronokkan bersama-sama. Kami menunggang kuda, kami keluar bersama, bermain luncur ais tetapi jarang berbual mengenai politik. Itu satu perkara yang bagus," kata Rodman dalam satu program TV Britain, Good Morning Britain.

Rodman turut menyatakan kagum dengan Trump tetapi berkata presiden AS itu ada kalanya bersikap gila-gila.

Kali terakhir Rodman berkunjung ke Korea Utara adalah pada Jun lalu.

Kim Jong Un, Dennis Rodman

Artikel Sebelum

Nasib Lelaki 'Belon'

Artikel Berikut

Artikel Lain