suria

Boleh Kekal Di UK Sebab 'Pintar'!

Brian White -foto Alan Evans/Caters News

PELAJAR pintar yang sebelum ini diusir ke Zimbabwe menang dalam usahanya untuk kekal di Britain.

Rakan-rakan kepada Brian White, 21 telah berkempen di Kementerian Dalam Negeri Britain untuk menukar status imigresennya dan membenarkan dia secara sah tinggal di negara ini.

Dia berpindah ke United Kingdom ketika berumur 15 tahun bersama keluarga angkatnya.

White, dari Wolverhampton, dibesarkan di sebuah rumah anak yatim Zimbabwe sehingga dia berusia enam tahun.

Pada tahun 2014, pelajar yang mendapat keputusan semua A ini memohon untuk menjadi warganegara British dengan penaturalisasian, tetapi ditolak.

Selepas berkempen, penyokongnya telah menang dan dia kini akan mengambil tempat untuk belajar kimia di Lady Margaret Hall, Universiti Oxford.

Berita itu diumumkan oleh seorang rakan White yang menganjurkan petisyen, memanggil kerajaan supaya mengekalkannya di UK.

Kawannya itu, Luke Wilcox mendapat lebih dari 110,000 tandatangan untuk petisyen tersebut, mendesak kementerian membantu White yang dianggap 'insan sangat mengagumkan, yang menjadi sebahagian daripada budaya dan masyarakat Inggeris, seperti anda dan saya'.

Dalam satu kenyataan Wilcox berkata: "Pada masa ini kami ingin menikmati masa peribadi.

"Tetapi kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kempen dan menandatangani petisyen itu dan kami berterima kasih kepada mereka kerana membantu mengubah kehidupan Brian."

Polis dan pesuruhjaya jenayah West Midlands, David Jamieson minggu lalu menyeru pejabat kementerian untuk 'bertindak pantas' dan menggunakan 'rasa' dalam membuat pertimbangan.

Menggesa kes itu disegerakan, Jamieson berkata: "Brian adalah seorang pemuda yang sangat pintar dan mempunyai masa depan cerah dan dia mesti dibenarkan untuk memenuhi potensi diri sepenuhnya."

pelajar pintar

Artikel Sebelum

Tren MMMSL Tamat Operasi Haji

Artikel Berikut

Bapa Pijak, Pulas Bayi Sampai Mati

Artikel Lain