suria

Jongkong Emas Diseleweng Marcos Bakal Dipulangkan

Antara barang kemas dan perhiasan mewah yang dirampas daripada Imelda Marcos pada 2015.

MANILA: Beberapa jongkong emas dalam peti simpanan keluarga bekas diktator Ferdinand Marcos bakal dipulangkan kepada kerajaan Filipina.

Perkara itu diakui waris Marcos yang menemui Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Waris yang identitinya tidak didedahkan telah menawarkan  untuk memulangkan sebahagian harta keluarga itu yang menjadi pertikaian selama ini.

Mendiang Marcos dan isterinya, Imelda dituduh menyeleweng kira-kira AS$10 bilion (RM43 bilion) harta negara ketika berkuasa selama 20 tahun.

“Dia (waris) memberitahu mereka sedia untuk membuka dan membawa harta itu pulang termasuk beberapa jongkong emas.

“Tetapi harta itu tidak termasuk yang berada di Fort Knox,” kata Duterte.

Fort Knox adalah peti simpanan keselamatan di AS yang menyimpan simpanan emas Amerika Syarikat (AS).

Keluarga itu hidup dalam buangan di AS selepas ditumbangkan dalam kebangkitan rakyat pada 1996.

Kerajaan bulan lalu membayangkan membubarkan agensi yang berjaya mendapatkan semula harta berjumlah AS$3.4 bilion (RM14.5 bilion) daripada keluarga Marcos.- AFP

Marcos, Duterte

Artikel Sebelum

Apa Nasib Anak-Anak Ini?

Artikel Berikut

Artikel Lain