suria

Haji App Khas Buat Jemaah

JEDDAH: Aplikasi percuma khusus untuk kegunaan sepanjang musim haji dilancarkan Arab News, akhbar harian terkemuka di Timur Tengah.

Dikenali sebagai Hajj App, ia boleh dimuat turun secara percuma di peranti IOS dan Android melalui App Store serta Google Play itu mempunyai ciri berguna untuk kegunaan jemaah dan keluarga di negara asal.

Hajj App itu ditaja dan disahkan secara rasmi oleh Liga Dunia Islam (MWL) berpusat di Makkah sebagai sebahagian  usaha jangkauan global bagi mengukuhkan kedudukan organisasi sebagai payung yang berkhidmat untuk umat Islam.

Aplikasi itu turut memaparkan kemas kini berita terkini dari Arab News dan perkhidmatan siaran langsung serta nombor panggilan kecemasan, senarai kesemua kedutaan dan penyedia perkhidmatan penting ketika haji.

Selasa lalu, Putera Mahkota Mohammed Salman memberi taklimat kepada Kabinet tentang persediaan haji sejajar dengan titah pemerintah, Raja Salman untuk memberi layanan terbaik kepada jemaah.

Sesi Kabinet di Istana al-Salam di Jeddah itu turut mengucapkan terima kasih kepada baginda kerana membenarkan jemaah dari Qatar memasuki negara itu melalui lintasan sempadan Salwa tanpa permit elektronik. - Arab News

Haji App

Artikel Sebelum

Mawar Merah Iringi Yingluck

Artikel Berikut

Artikel Lain