suria

Polis Bongkar Rumah Jadi Kilang Bom

BARCELONA: Sebanyak 120 tong gas ditemui di sebuah rumah yang dipercayai menjadi kilang membuat bom, sekali gus mempunyai kaitan dengan suspek serangan ganas yang meragut 14 nyawa.

Ketua Polis wilayah itu, Josep Lluis Trapero berkata, suspek militan dipercayai menghasilkan bom untuk satu atau lebih serangan di sini.

Suspek secara tidak sengaja menyebabkan letupan di rumah itu pada petang serangan Khamis lalu, kesilapan yang memaksa mereka mengubah rancangan.

Ia mendorong mereka menggunakan kenderaan merempuh orang awam di jalan Las Ramblas, menyebabkan 13 maut dan 100 lagi cedera.

Beberapa jam kemudian, serangan sama dilancarkan di bandar Cambrils menyebabkan seorang wanita terbunuh.

Polis menembak mati lima suspek di Cambrils, sebahagian daripadanya memakai tali pinggang letupan palsu dan membawa pisau.

Militan Daesh mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan itu, dipercayai yang pertama di Sepanyol.

Polis memburu lelaki berketurunan Maghribi, Younes Abouyaaqoub, 22, disyaki memandu van yang digunakan di Barcelona. - AFP


Trapero, Las Ramblas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain