suria

Gara-Gara Tersilap Cetak Tarikh Luput Sandwich

SEORANG penumpang EasyJet terkejut apabila diberikan sepotong sandwich yang sudah tamat tempoh sejak 10 tahun lalu.

Adrian Bell, dari Wrexham di Wales, membeli sekeping toastie keju di atas pesawat yang berlepas dari Zante bersama isterinya Lindsey, 42.

Sebaik saja sandwich itu sampai, penumpang berusia 59 tahun itu terkejut apabila terlihat tarikh 16 Jun 2007 ditampal pada bungkusan makanan tersebut.

Dia kemudiannya mengadu kepada kru kapal dan menasihati penumpang lain supaya memeriksa dahulu tarikh pada bungkusan sandwich itu sebelum menikmatinya.

Namun Bell dalam nada berseloroh berkata sandwich itu masih sedap cuma hanya terlebih masak.

Ketika mengadu kepada kru kapal, Bell mendakwa salah seorang daripada anak kapal itu dalam nada bergurau berkata:"Kami patut caj anda dengan bayaran yang lebih, ianya antik."

EasyJet dalam satu kenyataan menjelaskan berlaku kesilapan cetakan pada bungkusan sandwich tersebut.

"Ia hanyalah kesilapan pada cetakan bungkusan dan kami amat terkejut apabila semua penumpang fikirkan sebaliknya."

Menurut EasyJet, sandwich itu masih boleh dimakan dan kekeliruan timbul disebabkan kesilapan pada tarikh luput yang dicetak.

"Kami sudah meneliti perkara dengan rakan kongsi penerbangan kami dan mereka mengesahkan sandwich itu selamat untuk dimakan."

sandwich, EasyJet

Artikel Sebelum

Nahas Pokok Oak Tumbang

Artikel Berikut

Artikel Lain