suria

Kek Berusia 107 Tahun Masih Elok

PAKAR pemuliharaan menjumpai kek buah berusia 107 tahun di Antartika.

Rupa dan baunya masih sama dan seolah-olah boleh dimakan.

Namun, tiada siapa yang berani untuk menjamahnya.

Menurut Antarctic Heritage Trust, kek buah keluaran Huntley and Palmers itu, berada dalam keadaan elok dan masih dibalut dengan kertas.

Malah, keadaannya lebih baik berbanding pembalut bungkusannya yang ditemui dalam keadaan teruk.

Kek itu dipercayai dibawa seorang penjelajah Britain, Robert Falcon Scott.

Kek buah yang berbalut dengan kertas itu masih dalam keadaan elok.

Scott and empat lelaki berjaya sampai ke Kutub Selatan ketika expedisi Terra Nova pada 1910 hingga 1913.

Namun, mereka meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke kubu utama.

Lizzie Meek, pengurus program cawangan New Zealand berkata,"dengan hanya dua minggu sahaja lagi untuk pemuliharaan artifak Cape Adare, penemuan kek buah yang masih elok bersama beberapa barangan dan tin yang terhakis dengan teruk, adalah sangat mengejutkan.

“Ia adalah makanan bertenaga tinggi yang sesuai untuk dibawa ke kawasan sejuk seperti Antartika.”

Antarctic Heritage Trust menjalankan proses rawatan pemuliharaan dengan membuang karat dan ketidakseimbangan kimia, tetapi kek itu berada dalam keadaan sempurna.

kek buah, Antartika

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain