Tuang Asid Kerana Cemburu - Dunia | mStar

Tuang Asid Kerana Cemburu

Kejadian serangan asid berlaku di sebuah bilik muzik di Akademi Knox. Foto Google Maps/Mirror

SEORANG pelajar sekolah dipenjarakan kerana melakukan serangan asid terhadap pelajar lain yang menjalankan hubungan cinta dengan bekas teman lelaki.

Menurut sesi pendengaran di mahkamah, Emily Bowen, 18, menumpahkan bahan pencuci yang mengandungi 91 peratus sulfurik asid pada beg biola milik Molly Young kerana bermotifkan dendam.

Akibat insiden tersebut, Young, 18, menerima kesan parut yang teruk apabila cecair berbahaya itu tertumpah ke kakinya semasa dia menarik bekas alat muzik itu dari sebuah rak.

Memetik laporan The Daily Record, mahkamah menerima laporan bahawa Young terpaksa melakukan pembedahan plastik dan mengalami masalah psikologi.

Bowen dipenjarakan selama 21 bulan selepas melakukan kesalahan itu di sebuah bilik muzik di Akademi Knox di Haddington pada 29 September tahun lalu.

Syerif Michael O’Grady QC menggambarkan kejadian itu sebagai satu helah yang licik.

Hukuman penjara ke atas Bowen dijatuhkan di mahkamah di Edinburgh, Isnin.

“Awak telah menyebabkan seorang pelajar menderita secara fizikal dan mental sepanjang hidupnya,” kata O’Grady kepada Bowen.

Tertuduh juga dikenakan perintah larangan menganggu mangsa selama lima tahun. - Mirror 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kepala 'Dinosaur' Dipenggal

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain