suria

Dikritik Kerana Terlalu Maskulin?

(Kiri) Jaimie ketika masih seorang wanita. (Kanan) Wajah terkini Jaimie.

NAMPAKNYA netizen dari seluruh dunia masih belum berganjak daripada membincangkan tentang pemuda berbadan sasa yang pernah tular pada Mac lalu.

Selain raut wajahnya yang tampan dan penampilan luaran yang tidak ubah seperti seorang lelaki sejati, Jaimie Wilson dikritik teruk oleh golongan transgender lain kerana terlalu maskulin.

"Orang kata saya terlalu cuba menjadi lelaki. Kali pertama saya bertemu doktor, mereka sendiri tidak faham kerana ingatkan saya nak berubah daripada lelaki kepada wanita!," katanya menerusi satu temubual bersama majalah Cosmopolitan pada Mac 2017.

Jaimie dibuang keluarga dan rakan setelah nekad untuk menukar jantina.

Pemilik akaun 'dsatz' berkata: "Saya bukan nak jadi biadab. Tapi saya harap orang lain berhenti menggalakkan gangguan mental seperti ini. Dia perlukan bantuan. Separuh daripada golongan transgender bunuh diri selepas ubah jantina."

Tapi Jaimie tidak mudah melatah dan menyampaikan mesej kepada orang ramai untuk memiliki kisah unik mereka sendiri dan layak untuk hidup dalam kehidupan yang diinginkan.

Jaimie memuat naik video perubahan suaranya selepas dua tahun mengambil suntikan hormon.

Tidak kurang juga peminat wanita yang tidak putus-putus memuji kekacakan yang dimiliki wanita tersebut.

Jaimie memiliki sepasang mata berwarna biru, berkumis dan berjambang nipis serta kerap memuat naik gambar tanpa memakai baju di laman Instagram.

Pengguna Instagram 'samirforsan' berkata: "Kalau awak sukakan lelaki, saya teringin mengurat awak sekarang. Awak sangat tampan, saya harap awak bertemu jodoh dengan wanita yang hebat dan nikmatilah hidup awak." - Your Tango

Jaimie Wilson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain