suria

Guna Mentega Kacang Perdaya Pegawai Penjara

MENTEGA kacang adalah rahsia di sebalik 12  banduan meloloskan diri dari penjara di Alabama.

Banduan penjara Walker County, Amerika Syarikat (AS), menggunakan sapuan mentega kacang yang diambil dari sandwic di penjara untuk mengubah nombor pin sel penjara kepada pintu yang menuju ke luar.

Apabila seorang banduan bertanya kepada pegawai penjara yang baru bekerja untuk membuka pintu sel, pegawai itu, yang melihat dari kamera litar tertutup di bilik kawalan, secara tidak sengaja telah membuka pintu luar.

Kumpulan itu kemudian berlari keluar dari penjara pada pukul 6.20 petang, Ahad dan menggunakan selimut untuk memanjat keluar dari pagar dawai dalam masa kurang 10 minit.

Walaupun 11 dari mereka berjaya ditangkap dalam tempoh lapan jam, Brady Kilpatrick, 24, yang dipenjarakan kerana dadah, masih terlepas bebas sejak Isnin lepas.

Sebuah helikopter digunakan untuk memburu Kilpatrick, sementara pegawai polis dihantar untuk membantu operasi itu.

Ganjaran sebanyak AS$500 (RM2,141) ditawarkan untuk menangkap banduan yang masih bebas itu.

Dua daripada kumpulan banduan yang berusia diantara 18 dan 30 tahun itu dipenjarakan di atas kesalahan cubaan membunuh.

Bercakap mengenai taktik unik yang digunakan untuk memperdaya pegawai penjara, Syerif James Underwood berkat: “Ia mungkin kedengaran gila, tetapi mereka memang licik.

“Pegawai itu ingat dia sedang membuka pintu sel untuk banduan itu masuk ke penjara, tetapi sebenarnya dia membuka pintu."

Alabama, mentega kacang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain