Penunjuk Perasaan Cetus Kekecohan Di Kingsland Road - Dunia | mStar

Penunjuk Perasaan Cetus Kekecohan Di Kingsland Road

BUNGA api dinyalakan manakala botol dilempar ke arah polis dan tilam dibakar dalam satu demonstrasi bagi menuntut keadilan di atas kematian Rashan Charles.

Charles, 20, maut selepas dikejar polis di timur London pada 22 Julai lalu.

Penunjuk perasaan berkumpul di Kingsland Road, Hackney sebelum insiden keganasan tercetus kira-kira pukul 8 malam waktu tempatan.

Polis berkata mereka sedang mengawal situasi tetapi keadaan mula tenang kira-kira hampir tiga jam kemudian.

Sebelum itu, polis di Hackney berkata anggota polis menjadi mangsa keganasan.

Demonstrasi itu bermula pada Jumaat kira-kira pukul 3.40 petang.

Kira-kira pukul 8 malam, puluhan penunjuk perasaan mula memenuhi jalan dengan tong sampah, tilam dan sampah-sarap digunakan untuk menyekat jalan raya.

Video di media sosial menunjukkan anggota polis terpaksa berundur ke belakang kerana objek keras dilemparkan ke arah mereka.

Tingkap kedai turut dipecahkan dengan saksi yang terlihat insiden itu menyifatkan penunjuk perasaan benar-benar marah.

Suruhanjaya Bebas Aduan Polis berkata mereka sedang menyiasat insiden kematian Rashan.

"Kami faham kebimbangan yang timbul berikutan kematian Rashan. Kami akan mengkaji keadaan semasa insiden itu. Kami akan mengikut bukti dan mempertimbangkan sama ada terdapat petunjuk mungkin terdapat salah laku atau jenayah," kata suruhanjaya bebas itu.

Charles Rashan

Artikel Sebelum

Bahana Alamat Rumah Mangsa Spam

Artikel Berikut

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain