suria

Seorang Maut, Tujuh Cedera Dalam Tragedi Taman Hiburan

OHIO: Mimpi ngeri bagi semua pengunjung taman hiburan akhirnya berlaku apabila seorang maut dan tujuh lagi cedera selepas 'terbang' di udara akibat masalah teknikal.

Kejadian yang berlaku di Karnival Negeri Ohio pada Rabu itu dipercayai disebabkan oleh tempat duduk yang tercabut daripada permainan tunggangan 'angkat dan putar' Fireball, kata pegawai polis.

Tragedi itu berlaku pada hari pertama pembukaan festival itu di Columbus, Ohio.

"Ia merupakan hari yang  sangat sukar untuk rakyat di negeri ini," kata Gabernor Ohio, John Kasich pada sidang media.

Katanya, semua alat tunggangan sudah ditutup untuk pemeriksaan dan identiti mangsa masih belum dikenalpasti.

Tempat duduk Fireball adalah dalam konfigurasi bulatan di hujung lengan yang menghayunkan penunggang mengikut pergerakan 'pendulum'.

Mangsa yang maut merupakan seorang lelaki berumur 18 tahun. - Reuters

ohio

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain