suria

Lima Cedera Diserang Lelaki Bersenjatakan Gergaji Rantai

SCHAFFHAUSEN: Seorang lelaki bersenjatakan gergaji rantai bertindak mencederakan lima orang awam di sebuah bandar kecil di Switzerland pada Isnin.

Dua daripada mangsa yang cedera dilaporkan parah.

Sebuah bandar kecil di Switzerland itu terpaksa dikepung kerana polis sedang giat memburu suspek.

Polis bagaimanapun berkata serangan itu tiada kaitan dengan unsur keganasan.

Polis mengesahkan telah mengenal pasti suspek tetapi tidak menamakannya.

Lelaki itu digambarkan sebagai botak, tidak terurus dan mempunyai ketinggian sekitar 190 sentimeter.

Serangan dipercayai berlaku di dalam sebuah bangunan pejabat di pusat bandar Schaffhausen.

Polis telah mengepung kawasan itu dan mengarahkan orang ramai supaya beredar, kata akhbar Switzerland, Blick.

Saksi mendakwa terlihat mangsa yang berdarah dirawat pasukan penyelamat.

Helikopter ambulans turut dilihat di lokasi kejadian.

gergaji rantai

Artikel Sebelum

Israel Akur Tuntutan Palestin

Artikel Berikut

Artikel Lain