suria

Kereta Mewah Lebih Kerap Meragam - Kajian

GAMBAR HIASAN

JIKA anda berhasrat untuk membeli kereta baharu, anda pasti terfikir bahawa harga kenderaan selalunya setimpal dengan kualiti yang dihasilkan.

Mungkin tanggapan itu tersilap kerana satu kajian oleh kumpulan pengguna, Which? mendapati bahawa kereta mewah yang lebih mahal harganya, lebih mudah rosak berbanding kereta kecil yang lebih murah.

Ini kerana kajian tersebut mendapati bahawa kereta mewah dibina dengan peralata elektronik yang rumit dan mudah berlaku kepincangan.

Berdasarkan statistik, sebanyak 36 peratus kereta yang bernilai 50,000 pound sterling (RM279,026) mengalami kerosakan pada tahun lalu.

Berbanding dengan kereta mesra pengguna yang bernilai kira-kira 10,000 pound (RM55,805) yang lebih tahan lama, hanya 25 peratus kerosakan dilaporkan oleh pemilik kenderaan kategori itu.

Penggunaan teknologi yang terlalu banyak dalam kereta moden mewujudkan risiko bahawa pemandu akan berdepan masalah dengan sistem amaran yang mengeluarkan mesej tentang status kenderaan mereka.

Amaran itu mungkin disebabkan daripada sekecil-kecil masalah seperti kekurangan angin tayar sehingga masalah enjin.

Kerumitan sistem teknologi itu dalam model terbaharu kenderaan mewah tidak boleh diperbaiki kerana terletak di bawah bonet.

Bagaimanapun kumpulan Which? enggan menamakan kenderaan yang paling tahan lasak dan sebaliknya. - MAIL ONLINE

Which?, Kajian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain