suria

'Fidget Spinner' Emas Dijual RM72,976

JIKA anda seorang jutawan, mungkin pemainan 'fidget spinner' yang diperbuat daripada emas pada harga AS$17,000 (RM72,976) yang anda cari. 

Caviar, sebuah syarikat dari Rusia menawarkan pelbagai jenis aksesori mewah dan kali ini mereka menawarkan permainan yang kini menjadi perhatian di seluruh dunia iaitu 'fidget spinner'.

Walaupun gajet itu berharga AS$17,000, tetapi tidak dipastikan sama ada versi mereka boleh dikategorikan sebagai permainan.

Caviar baru-baru ini melancarkan siri 'fidget spinner' dari jenis yang disalut emas dan serat karbon pada harga hanya AS$250 (RM1,073) kepada seluruhannya adalah emas pada harga AS$16,700 (RM71,652).

Dengan tambahan AS$1,650 (RM7,079), gajet yang diperbuat daripada emas akan bertakhtakan berlian. - odditycentral

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain