suria

Remaja Terbunuh Cas Telefon Ketika Mandi

Laporan KCBD mengenai insiden Cole.

AUSTIN, Texas: Seorang remaja Texas terbunuh apabila kabel pengecas telefon bimbitnya terjatuh ke dalam tab mandi.

Madison Coe, 14 dari Lubbock, meninggal dunia ketika mandi di rumah bapanya di New Mexico hujung minggu lalu.

Polis di Lovington, New Mexico, berkata mangsa dilihat seperti terkena kejutan elektrik dan menemui telefon bimbit, kabel pengecas dan kabel sambungan di bilik mandi tersebut.

Nenek Coe memberitahu dalam temu bual bersama stesen televisyen KCBD, gadis itu mempunyai tanda terbakar di tangannya.

"Tragedi seperti ini tidak sepatutnya berlaku lagi kepada orang lain," kata nenek remaja itu, Donn O'Guinn.

"Kami menginginkan sesuatu yang baik dengan berwaspada serta kesedaran tidak menggunakan telefon bimbit di bilik mandi," tambah O'Guinn.

"Dia seorang yang baik dan semua orang sukakannya". - Reuter

Telefon Bimbit, Terbunuh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain