suria

Bergurau Bawa Bom, Penumpang Garuda Dihalau

Foto:Antara/Fikri Yusuf

JAKARTA: Seorang penumpang Garuda Indonesia dikeluarkan dari penerbangan Timika-Denpasar gara-gara bergurau membawa bom.

Seorang pembantu penerbangan itu mendengar lelaki yang dikenali WH bergurau dengan penumpang lain bahawa begnya berat kerana mengandungi bom.

Berdasarkan insiden tersebut, seorang lelaki yang dikenali Parlindungan Tambunan bertanyakan kepada WH apa yang dibawa dalam begnya kelihatan berat.

Secara spontan WH menjawab 'bom'. Bagaimanapun Tambunan tidak terkejut kerana dia tahu WH hanya bergurau.

Gurauan tersebut didengar salah seorang krew pesawat dan seterusnya mengambil tindakan terhadap penumpang yang membuat jenaka dan menganggap perkara itu tidak boleh ditolenrasi.

WH dibawa keluar dari pesawat untuk pemeriksaan.

Turut dilaporkan Tambunan juga dibawa bersama WH.

"WH telah meminta maaf insiden tersebut namun begnya dibawa ke pemeriksaan polis lapangan terbang," jelas jurucakap Pilis Papua, Sr.Comr. AM Kamal yang dipetik dari Antara pada Isnin.

Selepas pemeriksaan, polis tidak menemui sebarang bahan letupan di dalam beg WH.

Namun mereka berdua dibawa ke bali polis berdekatan untuk siasatan lanjut yang menyebabkan mereka terlepas penerbangan.

Garuda Indonesia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain