suria

Hilang Kaki Demi Warga Emas

CHENGDU: Seorang lelaki hilang kaki kanan selepas bertindak terjun dari kereta api bagi menyelamatkan seorang wanita warga emas yang melintas landasan di wilayah Sichuan di China.

Xu Qiankai, 29, seorang konduktor kereta api menjadi wira pada Khamis lalu selepas menyelamatkan seorang wanita berusia 65 tahun yang mengalami masalah pendengaran.

Media tempatan melaporkan Xu, yang bertugas ketika itu menarik brek kecemasan serta-merta sebaik mengesan wanita berkenaan.

Dia juga cuba menarik perhatian wanita itu dengan menjerit dan membunyikan wisel.

Namun tindakannya tidak dipedulikan wanita itu sedangkan jaraknya dengan kereta api hanya 10 meter darinya dan tidak sempat dihentikan.

Xu kemudiannya terjun dari kereta api dan menolak wanita tersebut dari landasan.

Bagaimanapun Xu tidak sempat menarik kaki kanannya mengakibatkan dia digilis kereta api.

Gambar menunjukkan Xu terbaring di atas tanah dalam kesakitan tetapi masih sedar untuk memeriksa keadaan wanita itu.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital dan doktor terpaksa memotong kaki kanannya. – The Straits Times/Asia News 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain