suria

Camden Market Di London Terbakar

Kebakaran di Camden Lock Market di London, awal pagi Isnin. Foto Mail Online

LOKASI popular dan tumpuan pelancong di London, Camden Lock Market terbakar awal pagi Isnin.

Seramai 70 anggota bomba menggunakan lapan jentera bergegas ke lokasi kejadian berikutan api begitu marak dan merebak dengan cepat.

Seorang jurucakap khidmat kecemasan berkata, terlalu awal untuk mengatakan mengenai mangsa yang cedera.

Api marak dan merebak begitu cepat.

Orang ramai diminta untuk menjauhkan dari lokasi kejadian.

Bercakap kepada Mail Online, jurucakap itu berkata: "Ketika ini terdapat lapan jentera bomba dan 60 anggota. Kami mendapat panggilan sejurus tengah malam.

"Masih belum ada laporan mengenai mangsa cedera.

"Kejadian sedang berlaku dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian," katanya. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain