Tiga Cedera Dirodok Lembu - Dunia | mStar

Tiga Cedera Dirodok Lembu

PAMPLONA: Seorang warga Sepanyol, manakala dua rakyat Amerika Syarikat cedera pada hari pertama acara larian lembu tahunan San Fermin di sini.

Lelaki tempatan berusia 46 tahun itu menjalani pembedahan selepas dirodok lembu pada bahagian kepala dan kaki.

Selain itu, dua pelancong warga AS yang masing-masing berusia 35 dan 29 tahun cedera ringan.

Turut alami cedera ringan dengan kesan calar adalah peserta yang dikejar dua lembu yang terpisah daripada sekawan empat lembu lain.

"Lelaki tempatan dari wilayah Navarro dalam cedera teruk akibat kejadian itu, manakala keadaan dua lagi rakyat Amerika terkawal," kata penganjur festival itu.

Pesta selama sembilan hari yang bermula Sabtu itu diadakan sejak Zaman Pertengahan sempena memperingati seorang paderi tempatan.

Pengunjung yang datang dari seluruh dunia dengan pakaian merah dan putih akan berlari mengelak enam lembu jantan di laluan sempit Pamplona.

Ritual sepanjang tiga minit merangkumi jarak 850 meter itu dikisahkan dalam novel nukilan Ernest Hemminway, ‘The Sun Also Rises’ pada 1926.

Seramai 15 orang maut sejak 1911 dalam acara itu, dengan kematian terakhir direkodkan pada 2009.

Pada 2016, 87 orang cedera, sebahagian besarnya akibat ditanduk dan dipijak haiwan berkenaan.- AFP

San Fermin , Sepanyol

Artikel Sebelum

Daesh Makin Lemah Di Mosul

Artikel Berikut

Lelaki Cederakan Budak Berebut Buaian

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain