suria

Lapangan Terbang Nice Kecoh Gara-Gara Bagasi

PENUMPANG di Lapangan Terbang Nice terpaksa dipindahkan apabila sebuah bagasi terbiar yang mencurigakan ditemui.

Letupan kedengaran dari dalam lapangan terbang di Perancis itu sebaik sahaja skuad pemusnah bom tiba di tempat kejadian.

Penumpang dilihat berdiri di luar terminal, menerusi gambar yang dimuat naik ke media sosial.

Sekeping gambar menunjukkan beberapa askar bersenjata lengkap sedang berdiri mengawal bahagian luar lapangan terbang.

Seorang wanita menulis di Twitter: Abang saya yang berada di sana memberitahu seorang wanita menjerit, beg mencurigakan ditemui. Terminal 1 sedang dipindahkan.’

Seorang lagi penumpang berkata: Saya sedang berada di dalam dan pegawai keselamatan menjerit ‘semua diminta keluar’ sebelum mereka menutup kawasan tersebut. Suasana kelihatan tenang, saya berharap ia hanya satu langkah keselamatan.

Lapangan Terbang Nice, bagasi

Artikel Sebelum

Komuniti LGBT Indonesia Resah

Artikel Berikut

Artikel Lain