suria

Sikit 'Like', Bayi Ini Akan Dicampak

SEORANG lelaki dipenjara selama dua tahun selepas dia menghayunkan seorang budak lelaki ke luar tingkap untuk mendapatkan ‘like’ di Facebook.

Lelaki yang tidak dinyatakan nama itu telah memuat naik gambar dirinya membiarkan kanak-kanak berkenaan dalam keadaan terjuntai dari bangunan yang tinggi, dengan hanya memegang leher bajunya.

Gambar itu dimuat naik beserta tulisan, ‘1,000 like atau saya akan jatuhkannya’.

Sebaik sahaja dimuat naik, beberapa pengguna media sosial menghubungi polis, menuntut supaya dia ditangkap kerana mendera kanak-kanak.

Polis kemudian menahannya di Algeria, dan menjatuhkan hukuman kerana membahayakan nyawa kanak-kanak.

Menurut Al Arabiya, budak itu sengaja dibiar terjuntai dari tingkat 15 bangunan.

Suspek enggan mengaku kesalahannya dan menuduh pengguna media sosial telah menyunting gambar tersebut.

Dia berkata, ketika gambar itu diambil, terdapat penghadang di situ, tetapi mereka telah memadamnya.

Bapa kepada kanak-kanak itu juga merayu kepada mahkamah, menegaskan bahawa lelaki itu bergurau.

Namun, hakim berkata gambar itu jelas dan suspek telah membahayakan nyawa kanak-kanak tersebut.

Dia dipenjarakan selama dua tahun.

like, dera

Artikel Berikut

Artikel Lain