suria

Rempuhan Amsterdam Tiada Kaitan Keganasan

ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan di lokasi rempuhan di stesen kereta api di Amsterdam pada 10 Jun 2017. - AGENSI

AMSTERDAM: Seorang pemandu ditahan di ibu negara Belanda pada Sabtu selepas kereta yang dipandu merempuh dinding stesen kereta api utama di bandar tersebut sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang cedera.

Polis Belanda mengesahkan dalang kejadian itu telah ditahan dan disiasat tetapi mendapati tindakan pemandu terbabit dilakukan secara tidak sengaja.

Malah pihak polis menolak kemungkinan bahawa insiden itu mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan.

Dua mangsa mengalami kecederaan serius dan dipindahkan ke sebuah hospital tempatan manakalan selebihnya dirawat di lokasi kejadian.

Menurut laporan Dutchnews, kejadian itu bermula apabila pemandu berkenaan dihampiri oleh anggota polis kerana meletakkan kereta di kawasan yang tidak dibenarkan di stesen tersebut.

Apabila polis meminta lesen, pemandu itu secara tiba-tiba cuba melarikan diri dan merempuh beberapa orang awam sebelum melanggar dinding stesen tersebut.

Kawasan depan stesen itu ditutup buat sementara tetapi operasi perkhidmatan kereta api tidak terjejas kerana penumpang masih boleh menggunakan pintu di bahagian tepi bangunan tersebut.

Amsterdam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain