suria

Iran Salahkan Arab Saudi, Angka Korban Meningkat

ANGGOTA polis mengawal makam pengasas Iran, Ayatollah Khomeini susulan serangan militan Daesh di Teheran pada 7 Jun 2017. - AP

TEHERAN: Pengawal Revolusi Iran menyalahkan Arab Saudi susulan serangan pengganas pertama militan Daesh di negara itu ketika angka korban akibat serangan itu meningkat kepada 12 orang.

Tuduhan Teheran itu dijangka mengeruhkan lagi hubungan kedua-dua negara tersebut yang semakin tegang sejak beberapa tahun.

Daesh mengaku mendalangi insiden tersebut yang melibatkan serangan kumpulan bersenjatan dan pengebom berani mati yang menyasarkan Parlimen Iran pada Rabu.

Timbalan Ketua Majlis Keselamatan Iran, Reza Seifollhai berkata, anggota Daesh itu merupakan rakyat tempatan.

"Mereka berasal dari Iran dan menyertai militan Daesh," katanya.

Namun Pengawal Revolusi menyalahkan Riyadh dalam serangan itu yang mempunyai kaitan dengan kunjungan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke  Arab Saudi pada minggu lalu.

"Serangan pengganas ini, berlaku seminggu selepas Presiden AS mengunjungi sebuah daripada negara Arab (Arab Saudi) dan menunjukkan pakatan kedua-dua negara.

Insiden serangan itu berlaku apabila  empat penyerang bersenjata memasuki kawasan parlimen pada waktu pagi dan mula melepaskan tembakan rambang.

Penyerang dilaporkan masih berada di dalam bangunan itu dan dilihat memasuki pejabat beberapa Anggota Parlimen.

Seorang daripada penyerang kemudiannya meletupkan diri ketika anggota keselamatan Iran mengepung bangunan itu.

Serangan berkenaan dapat dipatahkan beberapa jam kemudian yang menyaksikan angka korban mencecah 12 orang, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada jumlah itu termasuk penyerang terbabit.

Seramai 45 mangsa turut dilaporkan cedera dalam serangan itu.

Tembakan, Parlimen Iran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain