suria

Pihak Masjid Enggan Urus Jenazah Salman

LONDON: Pihak pengurusan pengkebumian termasuk pihak masjid enggan menguruskan jenazah pengebom bunuh diri, Salman Abedi yang kini dilaporkan disimpan di sebuah bilik mayat di luar Manchester.

Sumber yang rapat dengan pihak pengurusan itu berkata, pihak berkuasa akan melakukan apa sahaja bagi memastikan jenazah penyerang itu daripada dikebumikan di bandar tersebut.

Perkara itu didedahkan hanya beberapa minggu selepas seluruh Britain enggan menguruskan mayat pembunuh bersiri, Ian Brady yang mahu abu mayatnya ditaburkan di kampung halamannya di Glasgow.

Sumber berkenaan memberitahu Manchester Evening News, seperti Brady, segala usaha sedang dilakukan bagi mengekang Salman dikebumikan di Greater Manchester.

Jenazah Salman kini menjadi tanggungjawab koroner dan keputusan untuk menguruskan mayatnya akan dibuat tidak lama lagi.

Keluarga Salman tidak boleh menuntut mayat penyerang itu memandangkan ibu bapanya, Ramadan dan Samia serta adik lelaki, Hashem kini berada di Libya.

Bapa dan adiknya itu masih berada di pusat tahanan di Libya selepas Hashem didakwa mempunyai hubungan dengan militan Daesh dan merancang mahu melancarkan serangan di Tripoli.

Abang Salman, Ismail kini masih ditahan di Manchester untuk siasatan lanjut.

Salman, meletupkan diri ketika satu konsert berlangsung di Arena Manchester, menyebabkan 22 orang terbunuh dan puluhan mangsa lagi cedera.

Manchester, Salman Abedi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain