suria

Zuckerberg Terima Ijazah Kehormat

Mark Zuckerberg.

PENGASAS Facebook, Mark Zuckerberg kembali ke Universiti Harvard dalam keadaan hujan untuk memberi ucapan sempena tamat pengajiannya dan menerima ijazah kehormat.

Individu kelima terkaya di dunia itu tercicir daripada universiti tersebut selepas melancarkan laman sosial global berkenaan.

Zuckerberg menasihati mahasiswa di universiti itu supaya bukan sahaja mencipta pekerjaan baharu tetapi mewujudkan azam baharu.

"Dalam ucapannya pada Khamis, Zuckerberg turut memberitahu graduan bahawa "kita hidup dalam keadaan yang tidak stabil".

"Ada tekanan untuk berubah dalam diri.

"Ini adalah perjuangan masa kita. Kuasa-kuasa kebebasan, keterbukaan dan masyarakat global menentang kuasa autoritarian, pemencilan dan nasionalisme," katanya.

Isterinya, Priscilla turut hadir pada majlis tersebut.

Sebelum itu, Zuckerberg menerima Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang pada majlis konvokesyen Universiti Harvard kali ke-366.

Lebih 1.9 bilion pengguna menggunakan Facebook setiap hari.

Sejak dilancarkan pada 2004, Facebook menjadi inspirasi kepada banyak pesaing media sosial termasuk Twitter, Snapchat dan Instagram.

Mark Zuckerberg, Facebook

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain