suria

Letupan Kuat, Pusat Beli-Belah Di Manchester Dipindahkan

-fotoAFP

MANCHESTER: Sebuah pusat beli-belah di Manchester, England, telah dipindahkan dan saksi berkata mereka mendengar letupan kuat pada Selasa.

Ia berlaku beberapa jam selepas seorang pengebom berani mati membunuh 22 orang dan mencederakan 59 yang lain di kawasan yang sama di bandar ini.

Sejumlah orang melarikan diri dari pusat beli-belah Arndale, kata seorang saksi kepada Reuters.

"Ada juga yang keluar sambil berpegangan tangan," kata seorang jurugambar Reuters.

Polis Manchester enggan mengulas kejadian ini apabila dihubungi Reuters.

Arndale, Manchester, letupan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain