Senjata Nuklear Kami Bukan Illusi - Korea Utara - Dunia | mStar

Senjata Nuklear Kami Bukan Illusi - Korea Utara

PYONGYANG: Korea Utara memberi amaran bahawa tenteranya kini berada dalam keadaan bersedia pada tahap maksimum selepas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence melawat kedudukan tentera di sempadan Korea Utara-Korea Selatan.

Timbalan Menteri Luar Korea Utara, Sim Hong-chol pada Isnin berkata, pentadbiran Presiden Donald Trump perlu memandang dunia dengan pandangan yang lebih luas.

"Era AS mengawal kuasa (dunia) menggunakan kekuatan tentera akan berakhir.

"Jika ahli perniagaan ini (Trump) merasakan dapat mengugut kami dengan kuasa tentera atau sekatan, seperti yang dilakukan (Barack) Obama dan gagal, mereka akan menyedari ancaman itu adalah tidak berguna.

"Jika kedaulatan negara diceroboh, tentera kami akan melancarkan serangan tanpa henti ke atas tentera AS, tidak kira di mana mereka berada sama ada di kawasan terpencil hingga pangkalan tentera di Semenanjung Korea atau Di Jepun," katanya menurut portal Al Jazeera.

Selain itu, Hong-chol berkata, usaha enam negara mengadakan perbincangan untuk menjadikan Semenanjung Korea sebagai kawasan bebas senjata nuklear telah musnah sejak ia mula dibangkitkan.

"Senjata nuklear yang kami miliki bukan illusi. Ia juga bukan barang dagangan yang boleh dibeli dengan mata wang dolar AS dan ia bukan untuk dijual.

"Jadi isu ini (senjata nuklear) tidak boleh dibawa ke meja rundingan dengan tujuan menghapuskannya," kata beliau.

Ketegangan antara Pyongyang dan Washington semakin memuncak sejak beberapa minggu lalu susulan beberapa siri ujian peluru berpandu oleh Korea Utara yang menggusarkan pentadbiran Trump.

Pada Isnin, Pence melawan kawasan sempadan paling ketat dikawal oleh tentera di kampung Panmunjom yang memisahkan dua negara Korea, sekali gus memberi bayangan bahawa AS tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan tindakan ketenteraan ke atas Pyongyang.

"Rakyat dan tentera Korea Utara tidak boleh tersalah anggap pendirian AS bersama sekutu kami.

"Era penyelesaian strategik sudah berakhir. Semua pilihan telah dibentangkan ketika AS terus menyokong rakyat Korea Selatan," kata beliau.

Korea Utara

Artikel Sebelum

EasyJet Halau Dua Penumpang

Artikel Berikut

Pesawat Terhempas Di Pasar Raya, Lima Maut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain