suria

Detik Cemas Cucu Terjatuh Antara Kereta Api, Platform

Lelaki cuba menyelamatkan cucunya yang terjatuh di antara kereta api dan platform stesen. Foto Sydney Trains/Mail Online

PASANGAN suami isteri berdepan detik cemas apabila cucu mereka terjatuh di antara kereta api dan platform stesen sewaktu hendak menaiki pengangkutan awam itu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen Cronulla di Sydney menunjukkan pasangan itu segera memberi isyarat meminta bantuan.

Insiden itu dipercayai berlaku tahun lalu menunjukkan seorang budak lelaki cuba memasuki kereta api bersama datuk, nenek dan kakaknya.

Bagaimanapun, kanak-kanak malang itu terjatuh di bahagian antara kereta api dan platform.

Lelaki itu berjaya menyelamatkan cucunya sebelum didatangi petugas stesen.

Cucunya bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Memetik laporan The Daily Telegraph, Menteri Pengangkutan, Andrew Constance mendedahkan seramai 233 kanak-kanak terjatuh di bawah kereta api di stesen Sydney tahun lalu.

"Nasihat kami adalah jangan tergesa-gesa, pegang tangan kanak-kanak dan berhati-hati terutama apabila berada di stesen yang sibuk," kata Constance. - Mail Online


Artikel Berikut

Artikel Lain