suria

Penjara Frankland Khas Militan

MILITAN paling berbahaya di Britain kini akan ditempatkan di lokasi penahanan berasingan dengan kawalan ketat pasukan keselamatan penjara.

Difahamkan, unit khas bagi mengasingkan antara penjenayah dan pengganas ini terletak penjara Frankland di Brasside, dekat Durham.

Penjara ini adalah antara lapan yang dilengkapkan dengan kawalan keselamatan paling canggih di negara itu dan kini telah menempatkan beberapa pengganas.

Dhiren Barot

Antara pengganas yang ditahan di unit khas itu adalah Dhiren Barot yang menjadi dalang rancangan untuk meletupkan bom radioaktif di Britain, Tanvir Hussain yang merancang untuk meletupkan pesawat dari Heathrow ke Amerika menggunakan bom cecair yang disembunyikan dalam botol minuman dan Omar Kayam yang merancang untuk meletupkan pusat membeli-belah Bluewater di Kent.

Tanvir Hussain

Terkini, Michael Adebalajo yang membunuh Lee Rigby di tengah London telah dipindahkan ke penjara Frankland.

Langkah untuk mengasingkan penjenayah dan pengganas bagi mengelak komunikasi atau hubungan dari semasa ke semasa antara tahanan berkenaan di negara itu.
Frankland, militan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain