suria

Pemandu Ditahan Sumbat 74 Kanak-Kanak Dalam Van

Van berkenaan hanya boleh memuatkan 19 penumpang sahaja.

BEIJING: Seorang pemandu van sekolah ditahan polis di China selepas didapati membawa terlalu ramai penumpang dalam kenderaan yang digunakannya untuk menghantar kanak-kanak ke pusat asuhan.

Menurut laporan Mail Online, Lelaki yang hanya dinamakan sebagai Yang, didapati membawa seramai 74 kanak-kanak ke pusat asuhan walaupun kenderaan itu hanya dibenarkan dinaiki oleh 19 penumpang sahaja.

Malah siasatan polis juga mendapati lelaki berusia 27 tahun berkenaan tidak mempunyai lesen memandu bas sekolah dan dia ditahan kerana memandu secara berbahaya.

Sebahagian 74 kanak-kanak yang menaiki van sekolah ke pusat asuhan.

Kejadian berkenaan berlaku di wilayah Henan pada 20 Mac lalu tetapi kes tersebut hanya mula tersebar tiga hari kemudiaan selepas pihak polis menyiarkannya menerusi aplikasi sosial WeChat.

Rakaman video yang dimuat naik turut menunjukkan pihak polis mengira jumlah kanak-kanak yang dimuatkan dalam van itu selain seorang pengasuh wanita yang menaiki kenderaan terbabit.

Polis mendapati van itu milik sebuah pusat asuhan dan tidak sepatutnya digunakan sebagai van sekolah.

China, Van Sekolah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain