suria

Maut Dilibas Belalai Gajah

TOKYO: Seekor gajah yang naik berang melibas belalainya hingga mengakibatkan pelatihnya maut di sebuah zoo di Jepun pada Ahad.

Warga Thailand, Wichai Madee sedang memandikan gajah India dengan rakannya di Adventure World  di barat Wakayama apabila haiwan itu menghayunkan belalainya ke arah lelaki itu.

"Haiwan itu mungkin naik minyak hingga ia menghayun belalainya ke arah lelaki yang berada didepannya.

"Lelaki itu terpelanting dan kepalanya terkena hentakan kuat sama ada pada sangkar atau lantai," kata jurucakap polis kepada AFP.

Kakitangan zoo yang lain menghubungi polis berkata, seorang kakitangan diserang gajah, demikian menurut media swasta TBS.

Mangsa yang berusia 37 tahun itu dikejarkan ke hospital, bagaimanapun disahkan meninggal dunia.

Kejadian itu berlaku sebelum zon itu dibuka kepada orang ramai.

Gajah India, Jepun

Artikel Lain