suria

Korea Utara Sedia Jalani Satu Lagi Ujian Peluru Berpandu

PYONGYANG: Korea Utara dilapor sedia menjalankan satu lagi ujian peluru berpandu walaupun China berusaha meredakan ketegangan antara Pyongyang dan Korea Selatan.

Beijing meminta Korea Utara untuk menggantung segala aktiviti berkaitan nuklear dan peluru berpandu sebagai menghormati langkah yang diambil Korea Selatan dan Amerika Syarikat menghentikan latihan ketenteraan bersama.

Timbalan Menteri Luar Chia, Wang Yi berkata, ketegangan di Semenanjung Korea ibarat 'dua kereta api yang datang dari arah bertentangan dengan laju tanpa tolak ansur antara kedua-dua pihak untuk memberi laluan (beralah)'.

"Adakah kedua-dua pihak benar-benar bersedia untuk bertembung?"

"Penggantung prgram persenjataan Pyongyang sebagai membalas penggantungan   membantu meredakan ketegangan keselamatan dan mengheret pihak terlibat ke meja rundingan," katanya.

Di sebalik amaran sekutu kuatnya itu, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un sudah mengatur pelaksanaan ujian peluru berpandu jarak sederhana yang dijangka dijalankan dalam terdekat.

Sumber pertahanan Amerika Syarikat (AS) melaporkan, tentera Korea Utara akan menguji peluru berpandu jenis Pukguksong-2 yang boleh mencapai jarak kira-kira 3,000 kilometer.

Minggu lalu, Pyongyang membangkitkan kemarahan dunia apabila melancarkan empat peluru berpandu ke Laut Jepun walaupun negara itu dilarang menjalankan sebarang ujian program senjata seperti yang ditetapkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain