suria

Model Playboy Disangka Perisik Ditahan Di AS

MOSCOW: Seorang model Rusia mendakwa dia ditahan di sebuah lapangan terbang Los Angeles di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini kerana disyaki menjadi perisik.

Bekas model majalah Playboy, Victoria Bonya, 37, berkata, dia disiasat selepas pihak berkuasa menemukan kad perniagaan yang meletakkan kamera tersembunyi dalam begnya.

Menurut Bonya, pada awalnya, pegawai terbabit bertanyakan tentang Presiden Rusia, Vladimir Putin sebelum mereka menahannya.

"Kejadian itu benar-benar menakutkan, Saya fikir saya akan ditangkap dan mereka mengusir saya keluar dari negara itu.

"Pegawai lapangan terbang tersebut bertanyakan tentang Putin dan agensi perisikan KGB.

"Saya hanya ketawa apabila ditanya sedemikian kerana menyangka soalan itu adalah satu jenaka.

"Namun saya mula sedar situasi bertambah serius apabila mereka bertanyakan soalan sama buat kali ketiga," katanya menurut laporan MailOnline.

Bonya yang kini menetap di Monte Carlo, Monaco berkata, dia berjaya menangani situasi tersebut apabila menunjukkan pegawai penguatkuasa akaun laman sosial miliknya.

Dia memiliki 1.9 juta pengikut dalam Twitter dan hampir lima juga pengikut dalam Instagram.

Victoria Bonya, Ditahan, Perisik KGB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain