300,000 Unta Rebut Ganjaran RM136 Juta - Dunia | mStar

300,000 Unta Rebut Ganjaran RM136 Juta

JEDDAH: Lebih 300,000 ekor unta akan bersaing dalam pertandingan 'ratu cantik' unta yang diadakan di Arab Saudi pada hujung bulan ini untuk merebut hadiah bernilai 25 juta pound (RM136 juta).

Acara tersebut akan diadakan di Riyadh sempena Festival Tahunan Unta Raja Abdulaziz dan setiap haiwan perlu mematuhi peraturan yang ketat untuk memasuki pertandingan tersebut.

Antaranya, unta yang terlibat memiliki kecantikan semula jadi termasuk bulu kerinting, bulu mata panjang dan bonggol yang sempurna.

Jurucakap festival itu, Dr. Talal Al Torifi berkata, sebanyak lima kategori akan diadakan pada pertandingan itu mengikut baka dan warna unta.

"Paling penting, unta terbabit tidak boleh dihiasi oleh pemilik serta perlu memiliki kecantikan semula jadi," katanya.


Antara baka yang menjadi perhatian dalam pertandingan itu termasuk unta putih Al Wadah, unta hitam Al Majahateer dan unda merah Al Homor yang dianggap sebagai mamalia paling cantik bagi spesies tersebut.

Antara yang dinilai oleh juri dalam pertandingan itu termasuk bentuk kepala unta, bibir, panjang leher dan bonggol.

Dengan dihakimi jawatan kuasa terpilih, unta yang menang akan memiliki nilai yang tinggi di pasaran selain mempengaruhi harga pasaran unta dengan peningkatan sebanyak 70 peratus.

Festival berkenaan akan berlangsung pada 19 Mac sehingga 15 April depan.

Festival Unta Raja Abdulaziz

Artikel Sebelum

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain