SpaceX Bawa Pelancong Ke Bulan Tahun Depan - Dunia | mStar

SpaceX Bawa Pelancong Ke Bulan Tahun Depan

GAMBAR fail bertarikh 29 Mei 2014 menunjukkan Elon Musk memperkenalkan kapal angkasa Dragon V2 di California. - REUTERS

NEW YORK: Syarikat swasta aeroangkasa Amerika Syarikat (AS), SpaceX mengumumkan pelan untuk menghantar dua pelancong melawat bulan pada hujung tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif firma itu, Elon Musk berkata, kedua-dua pelancong tersebut telah membayar sejumlah deposit untuk melancong ke bulan tetapi beliau tidak mendedahkan kos keseluruhan bayaran berkenaan.

"Misi ini mewakili peluang kepada manusia untuk kembali ke ruang angkasa yang lebih jauh buat kali pertama dalam tempoh 45 tahun," katanya seperti dilaporkan portal BBC.

Kedua-dua pelancong yang dirahsiakan identitinya itu, akan menaiki kapal angkasa yang akan menjalani ujian penerbangan tanpa pemandu pada hujung tahun ini.

Sementata itu, Musk berkata, misi pada hujung tahun depan turut melibatkan kerjasama Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik (NASA) yang mahu memastikan perkara tersebut menjadi realiti.

Jelasnya, dua penumpang itu akan mengembara dengan pantas dan lebih jauh ke sistem solar berbanding mana-mana angkasawan sebelum ini.

"Seperti angkasawan Apollo, kedua-dua pelancong itu akan membawa harapan dan impian seluruh umat manusia dengan semangat untuk meneroka angkasa.

"Kami jangkakan ujian kecergasan dan kesihatan serta latihan diadakan pada hujung tahun ini," katanya.

Misi tersebut akan membawa penumpang berkenaan mengelilingi bulan sebelum bergerak lebih jauh dan tidak melibatkan pendaratan di planet itu.

SpaceX , Elon Musk

Artikel Sebelum

Terlalu Berpolitik Punca Kesilapan Oscar - Trump

Artikel Berikut

Robocar Era Baharu Perlumbaan Kereta

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain