suria

Lelaki Ditahan Tipu Jual Pokok RM1.08 Juta

Sebatang pokok yang dijual pada harga yang melampau dengan memperdaya si pembeli bahawa ia merupakan pokok jenis phoebe zhennan. Foto The Straits Times/Asia News Network

CHINA: Seorang lelaki ditahan di China selepas menjual sebatang pokok biasa pada harga RM1.08 juta, menurut laporan.

Lelaki yang mempunyai nama keluarga Lin itu membeli batang pokok tua berkenaan tiga tahun lalu dengan harga RM129.

Ini bermakna keuntungan yang diperolehnya adalah kira-kira 8,000 kali ganda selepas menjual pokok tersebut.

Lin memperdayakan pembeli bahawa ia merupakan pokok 'phobe zhennan' yang jarang ditemui.

'Phobe zhennan' terkenal kerana kilauannya apabila digilap. Ia diberi gelaran sebagai 'kayu sutera emas'.

Ia digunakan pada dinasti maharaja Ming untuk takhta dan perabot bilik tidur mereka.

Lin menipu pembeli dengan mendapatkan sijil palsu bagi mengesahkan 'keasliannya'.

Pembeli kemudiannya mendapatkan pakar untuk memeriksa pokok berkenaan dan diberitahu bahawa ia tidak bernilai.

Lin melarikan diri bagaimanapun berjaya dijejaki pihak polis dan menahannya. - The Straits Times/Asia News Network

Artikel Sebelum

Artikel Lain