suria

Rakyat Iraq, Yaman Dilarang Ke AS

KAHERAH: Lima penumpang warga Iraq dan seorang rakyat Yaman dihalang menaiki pesawat penerbangan Egypt Air dari Kaherah ke New York pada Sabtu.

Ia susulan larangan kemasukan pelawat tujuh negara majoriti Islam ke Amerika Syarikat (AS) oleh Presiden, Donald Trump.

Laporan Reuters memetik sumber memaklumkan, enam penumpang itu yang sepatutnya menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy, dilarang menaiki pesawat walaupun mempunyai visa imigresen yang sah.

Pada Jumaat, Trump menguatkuasakan serta merta perintah larangan kemasukan pelawat dari Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman selama empat bulan.

Langkah itu, kata presiden baharu AS itu adalah untuk melindungi rakyat Amerika daripada serangan pengganas.

Sebelum ini dilaporkan, Majlis Perhubungan Islam Amerika (CAIR) menyatakan, pihaknya mahu mencabar keputusan itu di mahkamah Isnin ini.

Pada Disember 2015, Trump berjanji mahu mengharamkan kemasukan semua penduduk Islam ke AS, mengundang kritikan banyak pihak kerana beliau mahu mengadakan pemeriksaan agama bagi pelarian yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan negara itu. – Reuters

 

Iraq, Yaman, Trump, Kaherah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain