suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trump Angkat Sumpah Presiden AS Ke-45

Donald Trump. -fotoAFP
KUALA LUMPUR: Calon Republikan, Donald Trump ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 di Capitol Hill, Washington DC.

Trump mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat, John Roberts pada pukul 1.05 pagi (12.05 tengah hari Jumaat waktu Washington).

Bilionair Amerika Syarikat berusia 70 tahun itu menggantikan Barack Obama selepas mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, 8 November lepas.

Majlis bersejarah itu, yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen antarabangsa, dipengerusikan oleh Roy Blunt, seorang senator Republikan dari Missouri dan juga Pengerusi Jawatankuasa Bersama Kongres Mengenai Aktiviti Perasmian.

Trump merupakan presiden pertama negara itu yang tidak pernah berkhidmat dengan tentera atau memegang jawatan dalam kerajaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain