The Hulk Pakistan Mahu Jadi Manusia Terkuat Di Dunia - Dunia | mStar

The Hulk Pakistan Mahu Jadi Manusia Terkuat Di Dunia

Hayat (tengah) bergambar bersama anggot keselamatan Pakistan.
ISLAMABAD: Seorang lelaki di Pakistan mendapat jolokan The Hulk versi Pakistan dalam kalangan penduduk tempatan disebabkan saiz fizikalnya yang besar dengan memiliki berat 435 kilogram.

Malah lelaki berkenaan, Arbab Khizer Hayat mengakui dirinya sebagai manusia terkuat di dunia dan mahu menjadi juara dalam sukan angkat berat selain mempamerkan kekuatan dirinya dengan menarik sebuah traktor yang sedang berundur.

"Objektif saya adalah untuk menjadi juara. Saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan fizikal yang besar ini. Kini, saya hanya menunggu masa sahaja sebelum menyertai dunia mengangkat berat." kata Hayat seperti dilaporkan portal Mail Online.

Menurut Hayat, dia mengamalkan diet yang luar biasa pada setiap hari dengan mengambil 10,000 kalori melibatkan pemakanan sebanyak 36 biji telur untuk sarapan, tiga kilogram daging, lima liter susu dan banyak lagi.

Dengan tinggi 2.76 meter, Hayat berkata dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan walaupun miliki berat badan sedemikian.

"Saya tidak mengalami masalah kesihatan atau pun tidak selesa dengan berat saya. Tetapi saya perlu mengekalkannya jika mahu menjadi juara lelaki terkuat," katanya.

Hayat, yang tinggal di bandar Mardan di Pakistan, mula mengalami kenaikan berat badan sejak mencecah usia remaja.

"Berat badan saya mula naik mendadak ketika usia remaja.

"Ketika itu saya mengimpikan untuk menyertai arena angkat berat dan kejuaraan orang kuat. Jadi saya teruskan menambah berat." katanya.

Hayat juga mendakwa dia telah berjaya mengangkat berat lebih dari 4,000 kilogram ketika satu kejuaraan di Jepun.

Tambah hayat lagi, dia juga mahu menyertai arena gusti WWE.

Di negaranya, Hayat sudah mula menjadi bintang apabila dia dikenali sebagai manusia terkuat di Pakistan.

Arbab Khizer Hayat

Artikel Sebelum

Penyampai Berita Bertekak Angkara Warna Baju

Artikel Berikut

Nasib 'Budak Bertopeng' Jadi Tanda Tanya

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain