suria

Penerbangan Tigerair Dibatal, Ratusan Terkandas Di Bali

DENPASAR: Beratus-ratus pelancong terkandas di Bali pada Khamis berikutan keputusan pihak berkuasa membatalkan penerbangan Tigerair Australia selepas syarikat penerbangan itu didakwa melanggar peraturan di Indonesia.

Syarikat penerbangan bajet itu berkata, enam penerbangannya antara Australia dan Bali dibatalkan pada Khamis dan Jumaat.

Australian Broadcasting Corporation melaporkan bahawa kira-kira 700 penumpang terjejas ekoran pembatalan itu pada Khamis, dan jumlah yang hampir sama turut terjejas pada Rabu.

Tigerair berkata, kekecohan berlaku berpunca daripada keputusan kerajaan Indonesia untuk mengenakanperaturan pentadbiran yang baharu untuk operasi penerbangannya antara Bali dan Australia.

Bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan Indonesia berkata, ia membuat langkah berkenaan selepas pelanggaran dari segi pentadbiran oleh syarikat penerbangan tersebut.

Ia berkata, Tigerair tidak seharusnya menjual tiket bagi penerbangan carternya dalam Indonesia.

Katanya, hanya syarikat induk Tigerair Australia iaitu Virgin Australi dibenarkan untuk menjual tiket berkenaan.

"Semua syarikat penerbangan asing perlu mematuhi peraturan kami," kata jurucakap kementerian, Agoes Soebagio dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, semua penerbangan Tigerair Australia dibatalkan sehingga peraturan dipenuhi.

Tigerair berkata, Virgin Australia menyediakan dua penerbangan ke Bali bagi membawa pulang penumpang yang terjejas. - AFP

 


Artikel Lain