suria

Pesawat Tentera Rusia Disahkan Terhempas

Jenis pesawat yang sama, TU-154 yang terhempas di kawasan Laut Hitam pada 25 Disember 2016.

MOSCOW: Sebuah pesawat tentera Rusia yang dilaporkan hilang awal pagi Ahad, disahkan terhempas selepas helikopter penyelamat menemukan serpihan pesawat itu di Laut Hitam.

Berdasarkan maklumat awal, seramai 92 penumpang dan anak kapal menaiki pesawat itu dan berkemungkinan kesemua mangsa di dalamnya terbunuh dalam kejadian terbabit.

Pesawat jenis TU-154 itu terhempas di kawasan laut dekat selatan Sochi selepas dilaporkan hilang daripada radar.

Pesawat berkenaan membawa anggota tentera Rusia termasuk kumpulan koir dan penari yang dibawa ke Syria untuk sambutan Hari Krismas.

Serpihan pesawat itu ditemukan kira-kira 1.5 kilometer dari persisiran pantai Rusia pada kedalaman 50 hingga 70 meter.

Laporan lain mendakwa, punca pesawat itu terhempas sama ada disebabkan kesilapan tenikal atau jurterbang.

Selain itu, pesawat berkenaan tidak menghantar isyarat kecemasan sebelum terhempas. - REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain