suria

Pesakit Ditempatkan Di Luar Hospital Selepas Kejadian Gempa

BANDA ACEH: Pesakit di Hospital Besar Pidie Jaya terpaksa dipindahkan ke bahagian luar, selepas bangunan itu didapati tidak selamat akibat gempa bumi 7 Disember.

Katil hospital dilihat disusun di sepanjang laluan pejalan kaki berbumbung di hospital terbesar Pidie Jaya, dan helaian kain telah digunakan sebagai penghadang matahari.


Tiada kipas angin atau kerusi disediakan untuk keselesaan pesakit dan keluarga mereka.

Khemah juga telah dipasang di luar hospital untuk pengedaran ubat-ubatan dan urusan memberi rawatan kepada pesakit luar.


Pesakit yang kritikal dan mereka yang memerlukan pembedahan akan dipindahkan ke hospital lain berhampiran.

Masjid Jami 'Quba dan masjid utama At-Taqqarub berdekatan hospital itu juga telah musnah dalam gempa bumi itu.

Ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia James Kon berkata 90 peratus daripada bangunan di Pidie Jaya mengalami beberapa kerosakan.

"Saya dimaklumkan oleh Palang Merah Indonesia bahawa kebanyakan mayat telah dikeluarkan dari runtuhan.

"Sehingga hari ini, 102 orang telah terbunuh, 970 cedera dan 85,333 telah dipindahkan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain