suria

Pasangan Ditahan Sembunyi Di Ikea Untuk Siaran Langsung

Paparan skrin pasangan membuat siaran langsung.

SHANGHAI: Satu pasangan bertindak menyembunyikan diri di Ikea Shanghai bagi membuat siaran langsung mengenai pengalaman mereka berada di gedung itu pada lewat malam, Sabtu lalu.

Tindakan mereka bagaimanapun disedari pengawal keselamatan Ikea dan menghubungi polis.

Menurut polis, pasangan itu mungkin ditahan selama beberapa hari.

Jumaat lalu, lelaki tersebut mengumumkan mengenai rancangannya di laman sosial Weibo, sambil menyatakan bahawa dia akan menjemput wanita cantik untuk bersembunyi bersama di Ikea untuk satu malam.

Mereka yang tiba di Ikea bersembunyi di dalam almari dan membuat siaran langsung dalam gelap.

Anggota polis kemudiannya mengesan terdapat seorang lelaki lain yang turut bersama pasangan itu.

Ketiga-tiga individu yang ditahan berkata, mereka mahu pengalaman seperti kanak-kanak dengan bersembunyi di dalam almari dan tiada niat untuk merosakkan.

Mereka kemudiannya membuat permohonan maaf di Weibo pada pagi Ahad. – China Daily/Asia News Network

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain