suria

Enam Selamat, Cubaan Rompak Agensi Pelancongan Gagal

PARIS: Enam kakitangan sebuah agensi pelancongan di sini ditemui dalam keadaan selamatan petang Jumaat selepas satu cubaan rompakan bersenjata digagalkan.

Datuk Bandar Daerah Ke-13 selatan Paris, Jerome Coumet berkata, seorang perompak bersenjata meluru masuk ke dalam pejabat agensi pelancongan itu tetapi pemiliknya berjaya melarikan diri dan memaklumkan kepada polis mengenai insiden tersebut.

Jelas Coumet, perompak itu bagaimanapun meloloskan diri tetapi enam pekerja agensi tersebut khuatir suspek masih berada di kawasan tersebut.

"Tebusan di tingkat dua. Mereka khuatir perompak masih ada di dalam bangunan itu. Polis kemudiannya mengepung bangunan itu dan membebaskan kesemua mangsa," katanya.

Sebuah pasukan polis petugas khas masih mengawal ketat pejabat agensi tersebut dan sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Coumet berkata mereka menjumpai kakitangan agensi tersebut yang ketakutan tetapi gagal mengesal perompak berkenaan.

Katanya, enam kakitangan syarikat itu tidak dijadikan tebusan semasa insiden tersebut.

Jabatan Polis Paris turut menegaskan tiada mangsa yang dikasari dan suspek masih lagi bebas.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain