suria

Warga Somalia Disyaki Militan Mati Ditembak

WASHINGTON: Seorang pendatang asing warga Somalia yang mencederakan 11 orang selepas merempuh kenderaan dan menyerang pelajar di Ohio State University telah ditembak mati, pada Selasa.

Menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), kejadian ini dipercayai mempunyai kaitan dengan ajaran radikal kumpulan militan Negara Islam (IS).

Abdul Razak Ali Artan, 20, ditembak mati oleh pegawai kampus, selepas merempuh kenderaannya pada laluan pejalan kaki dan menyerang pelajar dengan pisau pemotong daging.

Penyiasat sedang melakukan siasatan atas latar belakang Artan, dan mendapati suspek seorang Muslim, penduduk tetap AS dan pelajar di universiti berkenaan.

Polis berkata setakat ini, motif kejadian belum dapat disahkan lagi.
 
“Setakat ini, penyiasat tidak dapat menghubungkan kaitan antara Artan dengan anggota militan,” kata pegawai penguatkuasaaan undang-undang.
 
Tindakan Artan dikatakan menyamai perbuatan seorang militan yang melakukan serangan di kelab malam di Orlando Florida pada Jun lalu dan mengakibatkan 49 orang terbunuh.
 
Tahun lalu, seorang lelaki lain membunuh empat anggota tentera Marin AS dan tentera laut dalam kejadian tembakan  di Chattanooga, Tennessee.

Kesemua pesalah maut ditembak polis.- Reuters

Somalia, IS, Artan

Artikel Lain